Peluang.

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum sahabat,
.
Hari ini,  ada satu peristiwa yang akan aku kongsikan. "Setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati." 
Ayat itu dah signifikan antara kita kan. Selalu je dengar. Tapi, bila kita dengar satu berita tentang kematian, apa yang mula-mula kita rasa? 
Sedih? Terkejut? Insaf? Menyesal? Untuk yang betul-betul akrab dengan arwah, mungkin susah untuk terima berita itu. 
Jujurnya, aku tak pernah lagi merasai berita itu. Tapi aku tahu, memang berat untuk kita redha dengan pemergian itu lebih-lebih lagi bila orang yang paling kita sayang, pergi meninggalkan kita. 
Ini kisah sahabat aku
.
Pada 2 Mei 2019 (Khamis), aku tidur lewat malam tu. Sebab petang Khamis tu aku ada test Kikai (Mechanical Engineering Test). Biasalah stay up study kan. Tapi bukan pasal test yang aku nak cerita. 
Before melelapkan mata, aku buka WhatsApp untuk tengok kalau-kalau ada mesej penting ke, status ke. Then, hati aku terdetik untuk tengok satu status sahabat aku ni. 
"Doc dah bagi ubat kat abah. Wak molek exam tu. Tak yoh bimbe la. Fokus study." (It was in Dialect Besut)
Aku dapat rasa something happened, terus aku pm sahabat aku tu, tanya what happened. Rupanya abah dia, had a sudden warded. Tak tahu sebab apa. And aku pun tak tanya lebih. Just doakan semoga dipermudahkan dan semoga kuat. Sebenarnya, sahabat aku tu pun ada test juga hari Khamis tu
.
Pagi tu, masa bersiap nak pergi kelas, sempat juga aku buka Instagram. First post in my morning: I read the caption- "Abah, tenanglah abah di sana. Nanti kita jumpa kat sana ye."  Aku terdiam tak terkata apa-apa.
.
Terus aku buka WhatsApp, dan status baru pagi itu pun. Sungguh membuatkan pagi aku terkejut. Allahu. 
.
Ayahanda sahabatku telah menghadap Ilahi. Allah lebih sayangkan dia. Walaupun bukan aku yang alami, tapi aku dapat rasa betapa sakitnya perasaan tu. Ya Allah. Kau tabahkan sahabatku itu. Jujurnya, itu kali pertama air mata ku jatuh setelah mendengar berita ni. Sahabat aku. Walaupun aku tak rapat dengan dia, tapi bila namanya SAHABAT, setiap yang dia rasa kita pun akan rasa juga. Aku hanya mampu doakan kau dari jauh. 
.
Tak mampu aku nak bayangkan kalau aku yang ada dekat tempat dia. Hati seorang anak, bila ibu atau ayah pergi meninggalkan dia. Orang yang dia bergantung harap, orang yang dia nak jadikan idol, dah pergi. Tambahan lagi, hanya beberapa hari nak masuk Ramadhan. Sayu hati anak. Tak mampu aku nak cerita lagi. Sahabat, moga kau kuat.
.
Petang tu, aku mesej ibu aku. Aku cerita kan semuanya. Masa tu, aku tahan dari nak nangis. Aku takut andai aku tak diberi peluang untuk berada di sisi dia di saat akhir hayatnya. Ibu aku cakap "Kakak, kita kena bersedia untuk terima setiap kemungkinan yang akan berlaku." 
.
Sekali lagi, air mata seorang anak jatuh ke bumi. Aku menangis sambil typing. Tak mampu nak call. Aku tak nak sesiapa dengar suara aku time tu. Anak sulung takkan pernah bagitau sesiapa apa yang dia rasa. Selagi boleh simpan, pendam, selagi tu dia simpan. Sakit, gembira dia seorang yang rasa. Baginya, cukuplah sekadar tengok orang yang dia sayang, bahagia :)

Okaylah. Itu sahaja cerita untuk hari ni. Memandangkan esok dah 1 Ramadhan. Malam ni malam first kita tarawih. Saya memohon maaf atas segala kelemahan sepanjang penulisan ini. Semoga kita dapat meraih keampunan dan rahmat Allah dalam Ramadhan kali ni. Siapa tahu, Ramadhan akan datang, sempatkah kita. Gunakanlah peluang yang ada sebaik mungkin untuk kita cari Redha Ilahi. Hargai orang sekeliling. ✨🌻

Comments

Popular posts from this blog

Selamanya Amirians.

People will go. But the memories stay.