Baru bermula,
Berakhirnya kapan,
Tiada siapa yang tahu,
Hasrat di hati hanya mahu berkongsi apa yang ada,
Namun masih merangkak mencari bahasa yang mudah.

Baru belajar,
Ingin mengisi masa yang ada,
Agar yang menulis serta yang membaca
memperoleh manfaat.

Hanya insan biasa,
Tak pernah sempurna di mata sesiapa pun,
Tapi berusaha untuk menjadi yang sempurna,
Dengan teguran dan nasihat yang berhikmah.

Semoga ini menjadi pencetus
kepada siapa-siapa yang ingin dicetus,
Pimpinlah,
Pandulah,
Tunjukkanlah,
Dari yang batil kepada yang hak.

-Insan yang mahu belajar dan membaiki kesilapan

Comments

Popular posts from this blog

Selamanya Amirians.

People will go. But the memories stay.